Monday, May 08, 2006

Aiman tak kisah.....


BIODATA:

NAMA PENUH : Aiman Hakim Badrul
TARIKH LAHIR: 25 Oktober 1999
ASAL : Puchong, Selangor
ADIK BERADIK: Anak sulung dari dua beradik
CITA-CITA : Angkasawan

Ni dia "Aiman x kisah".....
Apabila menyebut nama Aiman, timbul pertanyaan siapa pemilik nama itu?. Apa bakat istimewanya Aiman ?

NAMUN apabila mendengar dialog di bawah, diluahkan dengan penuh perasaan dan menyentuh hati di radio Era atau Sinar FM, suara itu tentu dekat di hati semua.

BAKAT CILIK: GayaAiman ketika rakaman suara latar untuk iklan khidmat masyarakat terbitan AMP Radio Networks.

"Aiman ada kawan. Nama dia Arif. Umur lima tahun macam Aiman jugak. Tapi....dia
kecik jer..Aiman tak kisah....
Kalau main-main, Arif cepat letih. Dia jalan lambat-lambat. Aiman selalu pimpin
tangan Arif....
Aiman tak kisah....
Arif sakit. dia HIV pos.. (dia membetulkan sebutan) HIV Positif... Bila dia tak sihat,
Aiman teman Arif baca buku kat rumah.
Aiman tak kisah......."


Itu antara bait dialog yang membuat ramai tertany siapa pemilik suara ini. Bakal berusia 7 tahun, Oktober ini, Aiman bertuah kerana dikurniakan bakat yang hebat. Aiman atau nama penuhnya, Aiman Hakim Badrul mula membabitkan diri dalam bidang pengiklanan radio, dua tahun yang lalu ketika berusia empat tahun. Ketika itu, dia datang menemani sepupunya, Dayang Intan Farahiyah untuk merakamkan iklan pesanan khidmat masyarakat.

"Ketika merakamkan iklan sempena Hari Ibu bertajuk Peluang itu, saya mendapat idea untuk menyelitkan sebaris ayat untuk dilakonkan Aiman. Bermula dari situ saya melihat potensi Aiman sebagai bakat suara latar untuk iklan," kata Pengurus Publisiti AMP Radio Networks, Badrul Hisham.

Iklan AMP Radio Networks itu berjaya memenangi tiga anugerah pada acara Anugerah Pengiklanan Radio pertama, AIR Awards 2004. Ia turut menggondol satu lagi anugerah pengiklanan berprestij di Malaysia iaitu Anugerah Kancil 2004.

Hasil pembabitan pertama, Aiman terus mengorak langkah. Walaupun masih belum selesa
sebagai pengantara kepada iklan pelanggan, Aiman menjadi suara utama kepada iklan pesanan khidmat masyarakat untuk Hari Raya Aidilfitri bertajuk Selamat Pulang. Iklan itu juga memberi impak yang besar kepada pendengar, sehingga membolehkan AMP Radio Networks sekali lagi mencapai kemenangan yang besar di Anugerah AIR Awards 2005.

Iklan Selamat Pulang merangkul satu anugerah perak dan dua gangsa. Iklan itu turut menerima Anugerah Penghargaan di Anugerah Kancil 2005 dan MC2 Awards 2005. Aiman yang petah bertutur dalam bahasa Melayu dan Inggeris mengakui dia menyukai pembabitan dalam iklan khidmat masyarakat ini.

"Aiman dapat duit bila buat iklan. Boleh beli mainan yang Aiman suka dan selebihnya simpan dalam bank," katanya riang. Kini suara Aiman turut digunakan untuk iklan seperti Sabun Pencuci Downy 4X, Real Potato Chips, beg sekolah Masster dan beberapa lagi. Terbaru, Aiman menjadi suara utama pesanan khidmat masyarakat untuk penghidap Aids, Aiman Tak Kisah untuk siaran Era dan Sinar FM.
Aiman tak kisah.....




My Photo
Name:
Location: Selangor, Malaysia

a daughter, a wife, a mama and a lecturer...who live in a simple quote in her life... "Life is either daring, adventure or nothing"

Powered by Blogger