Pada 6 hingga 7 Mac 2006 krew rancangan Akademi Al-Quran telah berkampung di Darul Quran, JAKIM untuk mengadakan sesi uji bakat sempena program Akademi Al-Quran. Ia adalah merupakan sebuah rancangan realiti TV yang akan mula disiarkan pada 22 April 2006 sempena pelancaran rangkaian TV9 iaitu salah sebuah anak syarikat Media Prima Sdn. Bhd.
Seramai 47 orang dari sekitar negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan hadir untuk mengikuti sesi uji bakat berkenaan. Daripada jumlah tersebut, seramai 16 orang terpilih dan 3 orang daripadanya adalah pelajar Darul Quran. Pelajar Darul Quran yang terpilih ialah Abdullah Fahmi Bin Shukri @ Che_ Nor, Muslim Bin Ali dan Malik Bin Ahmad.
Penerbit rancangan ini, Encik Shukri Hj. Ibrahim memaklumkan bahawa program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan apabila seramai 380 orang dari seluruh Malaysia hadir ke tempat uji bakat yang telah diadakan di seluruh Malaysia. Dari jumlah itu seramai 88 orang terpilih untuk saringan kali kedua yang akan diadakan pada 30 Mac hingga 2 April 2006 di Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bharu.
Orang ramai dijemput hadir untuk mengikuti sesi saringan kedua yang akan bermula pada tarikh tersebut dari jam 9 pagi hingga jam 5 petang. Semasa saringan kedua dijalankan hanya 12 orang peserta sahaja yang akan terpilih untuk masuk ke pusingan terakhir yang akan disiarkan secara langsung menerusi TV9.
Tuan Norazimah Bt Tuan Nordin, Penolong Penerbit rancangan ini, berkata bahawa program ini bertujuan untuk melahirkan generasi Al-Quran yang berkualiti dan adalah diharapkan ia akan melahirkan idola yang baik untuk remaja masa kini. Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada para juri yang dilantik di kalangan pensyarah Darul Quran iaitu Ustaz Nazri Abdullah, Ustaz Zamri Zainuldin dan Ustaz Mohd. Zaki Ibrahim. Para juri telah memberikan komitmen yang amat tinggi, katanya.
Beliau juga merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Darul Quran dan agensi berkaitan yang telah menjayakan program ini.
1 Comments:
diorang ada menari ramai2 ke lepas suma dah habis persembahan? And begapa diorang sorong bila kena eliminated? beg mengkuang ke?
kuang..kuang..kuang
By
Abu S.H, at 1:14 PM
Post a Comment
<< Home